PROGRAM: 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019

11 Feb 2019

CHERAS, 26 Januari 2019- Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pelajar perubatan seluruh University Malaysia hadir menyertai ujian saringan ketiga 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 anjuran College Of Surgeons, Academy of Medicine Malaysia dan Advanced Surgical Skills Centre. Ini merupakan program yang ke -7 kali diadakan dengan jayanya di Advanced Surgical Skills Centre  pada 26 Januari 2019.

Objektif kursus ini adalah untuk mengajar pelajar perubatan dengan pendedahan kepada persekitaran pembedahan serta dapat menanam minat dalam kalangan pelajar  untuk
menyertai latihan pembedahan (surgical training) kelak. Ini juga akan memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pengetahuan yang baru dan berguna pada masa yang akan datang.

Dalam program ini, pelajar akan belajar dan mempamerkan kemahiran mereka  dengan penggunaan prinsip teknik pembedahan termasuk theater etiquette, two handed & single handed knot tying, instrument ties, interrupted and continuous suturing, sub-cuticular and mattress suturing serta menguruskan luka. Pengajaran ini dilakukan dalam satu kumpulan serentak termasuk  demonstrasi serta praktikal.

5 peserta teratas dalam Grand Finale 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 akan mendapat pendaftaran percuma dalam menghadiri The College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia Annual Scientific Meeting  yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Juara juga akan menerima Pingat Presiden  semasa Makan Malam Gala Annual Scientific Meeting CSAMM  yang akan diadakan pada 2-4 Ogos 2019 bersama dengan pakej pengangkutan dan penginapan.

Seramai 15 orang peserta terpilih dalam menyertai Grand Finale 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 yang akan diadakan pada 16 Februari 2019.

Search

+