PROGRAM: 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019
CHERAS, 13 Januari 2019- Seramai 74 orang peserta yang terdiri daripada pelajar perubatan seluruh University Malaysia hadir menyertai ujian saringan 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 anjuran College Of Surgeons, Academy of Medicine Malaysia dan Advanced Surgical Skills Centre. Ini merupakan program yang ke -7 kali diadakan dengan jayanya di Advanced Surgical Skills Centre selama 2 hari bermula pada 12 dan 13 Januari 2019.
Objektif kursus ini adalah untuk mengajar pelajar perubatan dengan pendedahan kepada persekitaran pembedahan serta dapat menanam minat dalam kalangan pelajar untuk
menyertai latihan pembedahan (surgical training) kelak. Ini juga akan memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pengetahuan yang baru dan berguna pada masa yang akan datang.
Dalam program ini, pelajar akan belajar dan mempamerkan kemahiran mereka dengan penggunaan prinsip teknik pembedahan termasuk theater etiquette, two handed & single handed knot tying, instrument ties, interrupted and continuous suturing, sub-cuticular and mattress suturing serta menguruskan luka. Pengajaran ini dilakukan dalam satu kumpulan serentak termasuk demonstrasi serta praktikal.
5 peserta teratas dalam Grand Finale 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 akan mendapat pendaftaran percuma dalam menghadiri The College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia Annual Scientific Meeting yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Juara juga akan menerima Pingat Presiden semasa Makan Malam Gala Annual Scientific Meeting CSAMM yang akan diadakan pada 2-4 Ogos 2019 bersama dengan pakej pengangkutan dan penginapan.
Ujian saringan 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 yang terakhir akan diadakan pada 26 Januari 2019 manakala Grand Finale 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 pula akan diadakan pada 16 Februari 2019.













