Lawatan Penanda Aras Bagi Projek Menaik Taraf Makmal Simulasi Dan Dewan Auditorium Seri Perdana Di ILKKM SAS, Perak
Masa : 10.00 pagi – 3.00 Petang
Tarikh : 18 Julai 2022
Tempat : Advanced Surgical Skills Centre (ASSC)
Nama penganjur : Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS)
Jumlah Kehadiran : 10 Orang
Objektif Kehadiran :
Objektif Am
Untuk memberi pengetahuan serta sebagai penanda aras bagi melaksanakan Projek Naik Taraf Makmal Simulasi dan Dewan Seri Perdana (Auditorium) serta Kemudahan Peralatan Information Communication & Technology (ICT) di ILKKM SAS, Perak.
Objektif Spesifik
- Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan perkongsiaan bersama institusi penanda aras bagi menaik taraf Makmal Simulasi dan Dewan Seri Perdana (Auditorium) serta Kemudahan Peralatan Information Communication & Technology (ICT) yang canggih, bermanfaat dan terkini.
- Mengenalpasti Konsep Kertas Kerja yang sesuai untuk diaplikasikan dalam menyelenggara operasi Makmal Simulasi serta kemudahan peralatan ICT bagi merealisasikan pusat kecemerlangan pembelajaran bertaraf antarabangsa di ILKKM SAS.
- Membuat penilaian, perbandingan dan justifikasi keperluan serta kepentingan peralatan simulator perubatan dan kesihatan yang menepati keperluan kurikulum Bahagian Pengurusan Latihan KKM, keperluan kepakaran, gaya kerja, skop tugas, sistem yang digunakan di Makmal Simulasi serta Kemudahan Peralatan ICT di Makmal Simulasi dan Auditorium.
- Meningkatkan pengetahuan berkaitan pengoperasiann fasiliti Dewan Seri Perdana (Auditorium) sebagai lokasi Majlis Istiadat Konvokesyen dan aktiviti lain seperti kursus, seminar dan persidangan di peringkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa.













