BENGKEL : BASIC ULTRASOUND COURSE 1.0/2019 FOR YOUNG DOCTORS AND GENERAL PRACTITIONERS
CHERAS, 21 Mac 2019 – Seramai 30 peserta hadir dalam menyertai Basic Ultrasound Course 1.0/2019 for Young Doctors And General Practitioners anjuran Advanced Surgical Skills Centre berkolaberasi dengan Jabatan Radiologi dan Jabatan Obstetrik & Gynaekologi. Ini merupakan program yang ke -3 kali diadakan dengan jayanya di Advanced Surgical Skills Centre pada 21 Mac 2019.
Program utama ini direka khas untuk doktor muda dan general practitioners yang mana masih baru dalam bidang ultrasound. Kursus Ultrasound Asas ini meliputi lima aplikasi ultrasound diagnostik yang paling biasa dalam suasana klinik. Dalam bahagian diagnostik, para peserta belajar bagaimana untuk menilai hepatocellular carcinoma, obstructive jaundice, polycystic renal disease, mengesan dan mencirikan pelvic masses of uterine, ovarian atau adnexal origin, kehamilan trimester pertama, ke-2 dan ke-3.
Dalam program ini, dengan lima stesen dengan empat fasilitator membolehkan para peserta menyesuaikan pengalaman pembelajaran mereka dan mengaplikasikannya dengan aplikasi pilihan mereka. Mereka mempunyai banyak peluang untuk berlatih semasa sesi hands-on sekaligus menjadikan kursus asas ini digunakan dalam penggunaan ultrasound harian klinikal mereka.
Program dirasmikan oleh Profesor Dr Lim Pei Shan selaku Ketua Advanced Surgical Skills Centre dan Pengarah program.



