Basic Laparoscopic 2022
Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) telah menganjurkankan Bengkel Basis Laparoscopic 2022 bertempat di Wetlab Tingkat 4, ASSC pada 22 September 2022 yang lalu. Bengkel yang dihadiri oleh 34 orang pelatih telah didedahkan teknik asas laparoskopi dan memperoleh kemahiran dan pengetahuan dalam mengendalikan instrumen laparoskopi dan kamera. Pelatih juga mempelajari teknik dalam kamera laparoskopi dan pengendalian instrumen, teknik dalam jahitan laparoskopi dan ikatan simpulan, elektrosurgeri dalam laparoskopi, akses selamat ke perut dan pertimbangan sebelum dan selepas pembedahan.
























