Seminar Room (The Altitude)

Seminar room terletak di tingkat 4 ,yang mempunyai kemudahan seperti projektor, sistem visual audio dan mampu menampung seramai 30 orang dalam satu masa. Tempat yang ideal untuk perbincangan kumpulan kecil.
Cadaver/Animal Dissection Wet Lab (The Scalpel) 
Makmal Kemahiran Pembedahan Canggih (Wet Lab) yang terletak di aras 4 bangunan dibina menggunakan teknologi dan peralatan terkini untuk melatih belajar, berlatih dan menggilap kemahiran halus para doktor dan pelajar pada pelbagai model sebelum beroperasi pada pesakit sebenar. Scalpel juga diperakui di bawah Atomic Energy Licence Act dan peraturan subsidiarinya untuk melakukan latihan berkaitan dengan radiologi intervensi.
Dewan Bedah OR1
Dewan Bedah Simulasi Haiwan OR1 didefinisikan sebagai Fully Integrated High Defnition Operating Theatre. OR1 disumbangkan oleh Syarikat Karl Storz Endoskope dari Negara Jerman. Peralatan OR1 dan stesen kemahiran simulasi turut disumbangkan oleh Karl Storz Endoskope. Sumbangan RM6 Juta ini adalah sebahagian dari Perjanjian Kemudahan Pembedahan Laporoskopi di HCTM.
Dewan Galaksi

Dewan Galaksi terletak di Tingkat 2 yang memuatkan seramai 100 orang dalam satu masa dan dewan ini sesuai bagi sesi penganjaran dan pembelajaran yang kondusif.
Bilik Simulasi Angiography

Ruang Orion

Orion terletak di Tingkat 2, bilik ini memuatkan seramai 10 orang dalam satu masa dan sesuai bagi tujuan pembelajaran.
UKMMC Samsung Sono School
Dewan Kuliah

Dewan kuliah ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem audio visual berdefinisi tinggi dan kemudahan rakaman. Ia sesuai digunakan untuk telekonferensi secara langsung dengan pusat kecemerlangan dan teater operasi lain dari seluruh dunia. Dewan kuliah ini mempunyai rekabentuk yang cantik dan mampu memuatkan 120 orang dalam satu masa.
Bilik Tetamu VIP

Bilik vip yang kondusif terletak di Tingkat G, yang memuatkan seramai 5 orang dalam satu masa.
Bilik Eksekutif Ahli Lembaga

Bilik Eksekutif Ahli Lembaga yang terletak di Tingkat G, yang memuatkan seramai 15 orang dalam satu masa. Bilik ini dilengkapi dengan perkhidmatan audio-visual definisi tinggi yang membolehkan segala perbincangan berjalan dengan lancar.
Ruang Legar

Ruang Legar yang juga sering digunakan sebagai ruang makan ini terletak di lobi ASSC yang memuatkan seramai 50 orang dalam satu masa.
Berminat untuk menempah ruang?
ASSC menyediakan ruang dan kemudahan yang selesa dan sesuai untuk menganjuran kursus dan bengkel. Ruang dan kemudahan yang disediakan boleh ditempah dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan ruang, sila klik butang muat turun di bawah.







