PROGRAM: Grand Finale 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019

11 Mar 2019

CHERAS, 16 Februari 2019 – Seramai 15 orang peserta yang terpilih hadir dalam menyertai pusingan akhir 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 anjuran College of Surgeon Academy of Medicine Malaysia dan Advanced Surgical Skills Centre.  Ini merupakan program pusingan akhir yang ke -7 kali diadakan dengan jayanya di Advanced Surgical Skills Centre  pada 16 Februari 2019.

Objektif program ini adalah untuk menguji dan mengajar pelajar perubatan dengan pendedahan kepada persekitaran pembedahan serta dapat menanam minat dalam kalangan pelajar  untuk
menyertai latihan pembedahan (surgical training) kelak. Ini juga akan memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pengetahuan yang baru dan berguna pada masa yang akan datang.

Dalam program pusingan akhir ini, pelajar akan  mempamerkan kemahiran mereka  dengan penggunaan prinsip teknik pembedahan termasuk theater etiquette, two handed & single handed knot tying, instrument ties, interrupted and continuous suturing, sub-cuticular and mattress suturing serta menguruskan luka. Pengujian ini dilakukan dalam bentuk 15 station yang terdiri daripada pelbagai pengujian pembedahan, persediaaan dalam bilik bedah serta permainan yang menguji pemikiran dijalankan serentak.

5 pemenang : Nor Heidi Izzat Nor Azman (International Medical University) selaku juara, Toh Ee Syuen (International Medical University) tempat kedua, Dennis Ting Siong Wei (Universiti Sains Malaysia) tempat ketiga, Muhammad Farhan Abd Wahab (Universiti Teknologi MARA) tempat keempat dan Voon Hie Wei (Universiti Sains Malaysia) dalam Grand Finale 7th National Medical Student Basic Surgical Skills Competition 2019 akan mendapat pendaftaran percuma dalam menghadiri The College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia Annual Scientific Meeting  yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Juara juga akan menerima Pingat Presiden  semasa Makan Malam Gala Annual Scientific Meeting CSAMM  yang akan diadakan pada 2-4 Ogos 2019 bersama dengan pakej pengangkutan dan penginapan.

Program dirasmikan oleh Profesor Dr Lim Pei Shan selaku Ketua Advanced Surgical Skills Centre dan diikuti dengan kata alu-aluan daripada Presiden College of Surgeon Academy of Medicine Malaysia (CSAMM), Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid .

 

 

Search

+