Majlis Penyerahan Plak Akreditasi The Royal Collage Of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) kepada Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) HCTM
CHERAS, 29 April 2022 – Majlis Penyerahan Plak Akreditasi The Royal Collage Of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) kepada Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) HCTM dan Majlis Menandatangani MoU antara The Royal Collage Of Surgeons of Edinburgh dan Academy of Silent Mentor (AfSM) telah diadakan pada jam 10.00 pagi tadi di Tingkat 2, Galaxy Hall ASSC.
Akreditasi ini merupakan kesinambungan dari akreditasi yang telah diterima pada tahun 2019 selepas kejayaan ASSC mencapai dan mengekalkan standard latihan yang diperlukan dalam sistem penjagaan kesihatan di peringkat antarabangsa.
Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Michael Griffin, President The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan YBhg. Prof. Dr. Chin Kin Fah, Pengerusi dan Pengasas Bersama Academy of Silent.












