Bengkel: The 9th Basic Surgical Skills National Competition for Medical Student
Seramai 33 orang pelajar telah menghadiri bengkel The 9th Basic Surgical Skills National Competition for Medical Student pada 19 Mac 2022, jam 8.00 pagi sehingga jam 1.30 petang bertempat di Wet Lab (The Scapel), Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) anjuran ASSC dengan kerjasama College of Surgeons Malaysia dan Johnson and Johnson Sdn Bhd. Bengkel di peringkat kebangsaan ini merupakan antara bengkel tahunan yang dijalankan di ASSC sejak tahun 2013.
Objektif bengkel diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada instrumen asas surgeri yang digunakan ketika jahitan luka, menambahkan ilmu dan kefahaman teori peserta terhadap fungsi dan jenis-jenis suture serta melahirkan lebih ramai pelajar perubatan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknik asas jahitan luka.
Bengkel ini mensasarkan pelajar perubatan tahun 3, 4 dan 5 daripada universiti-universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia. Setiap peserta akan diajar mengenal jenis peralatan pembedahan asas bagi jahitan luka, ‘gowning & gloving’ , jenis-jenis jahitan luka dan ‘knot tying’. Seramai 10 orang peserta terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir di mana mereka akan diuji dengan beberapa stesen interaktif yang memfokuskan kepada kemahiran dan teknik asas jahitan serta keupayaan mereka dalam membuat keputusan.
Nama program : The 9 th Basic Surgical Skills National Competition for Medical Student
Masa : 8.00 AM – 1.30 PM
Tarikh : 19 March 2022
Tempat : Wet Lab (The Scalpel), ASSC
Nama penganjur : ASSC dengan kerjasama College of Surgeons Malaysia dan Johnson and Johnson Sdn Bhd
Jumlah Kehadiran : 33 Orang
Masa : 8.00 AM – 1.30 PM
Tarikh : 19 March 2022
Tempat : Wet Lab (The Scalpel), ASSC
Nama penganjur : ASSC dengan kerjasama College of Surgeons Malaysia dan Johnson and Johnson Sdn Bhd
Jumlah Kehadiran : 33 Orang























