MAJLIS: ASSC IN 5th ANNIVERSARY AND PRE RAMADHAN CELEBRATION
CHERAS, 23 April 2019- Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) telah meraikan tahun ke-5 sekaligus meraikan sambutan bulan Ramadhan yang diadakan di Advanced Surgical Skills Centre pada 23 April 2019.
Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) merupakan sebuah pusat latihan kemahiran pembedahan termaju yang memusatkan instrumentasi-instrumentasi dan fasiiliti-fasiliti yang berteknologi tinggi dan berkepakaran global. Penubuhan ASSC merupakan perkembangan penting dalam sejarah perubatan di Malaysia dan mampu menjadi titik tolak kepada lonjakan reputasi UKM khususnya dan Malaysia amnya sebagai hab pendidikan tertiari dan hab untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan bernilai tinggi di rantau ini.
Dalam usia yang masih muda, ASSC telah berjaya mendapat liputan media yang luas berkaitan kursus-kursus klinikal dan bengkel pembedahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat antarabangsa, ASSC berjaya mencipta nama bermula dengan jalinan kerjasama dengan beberapa institusi terkemuka dan melalui jalinan antarabangsa dalam mengendalikan persidangan, kursus dan bengkel. Ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 27 Ogos 2017 dan juga meningkatkan atau mempromosikan sektor Perlancongan Kesihatan (Health Tourism).
Majlis ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti UKM, Profesor Raja Afendi Raja Ali diikuti dengan gimmik, persembahan daripada team Obstetrik & Gynaekologi serta perasmian ASSC 5th year Achievement Wall Panel. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid serta Ketua- ketua rakan strategi industri Mr David Koy (B Braun Sdn Bhd), Mr Saw Teck Hui (UMMI Surgical Sdn Bhd) dan Wakil dari Olympus Sdn Bhd.






