PROGRAM: Team Building Skytrex Adventure ASSC 2019
Tahniah diucapkan kepada semua staff ASSC kerana berjaya menjayakan program Team Building Skytrex Adventure ASSC 2019 pada 21 Februari bertempat di Skytrex Adventure, Bukit Cerakah Shah Alam. Program ini dijalankan sebagai satu bentuk program membina semangat ‘team building’ dan meningkatkan jati diri berpasukan dalam kalangan staff ASSC. Di samping itu juga, program seumpama ini dapat memberi pendekatan kepada kakitangan terhadap aspek-aspek keselamatan serta semangat cintakan alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini dilihat sedikit sebanyak berupaya membentuk nilai dan etika yang sihat dan murni dalam kalangan staff ASSC. Sebanyak 25 cabaran yang extreme berjaya ditempuhi selama 2 jam antaranya ialah berjalan di atas satu tali, flying fox, berjalan atas paip dan lain lain lagi. Tahniah diucapkan sekali lagi.














