- Proses menterjemahan maklumat klinikal pesakit iaitu proses menterjemahkan maklumat klinikal pesakit (diagnosis dan prosedur) ke dalam bentuk alpha-neumeric kod dengan menggunakan Sistem Pengkelasan Penyakit Antarabangsa (The International Classification of Disease and Related Health Problems, 10th Revision) yang dibangunkan oleh WHO iaitu ICD-10 dan Volume 3, ICD-9-CM digunakan untuk kod prosedur bagi pesakit dalam dan pesakit luar.
- Proses pengekodan diagnosis dan prosedur ini dilaksanakan oleh Pegawai Pengekodan (Koder) yang telah dilatih khusus untuk tugasan ini di mana, mereka perlu memahami dan mematuhi kaedah pemilihan dan penetapan kod yang betul dan tepat.
- Bagi setiap episod rawatan pesakit, maklumat diagnosis dan prosedur akan diberikan kod. Kedua-dua kod ini akan dimasukkan ke dalam grouper casemix iaitu Malaysia Diagnosis Related Group (MY-DRG) yang telah dibangunkan oleh ITCC untuk proses penganalisaan. Data-data yang telah diproses ini akan digunakan untuk tujuan penyelidikan oleh para penyelidik, pendidikan dan pengurusan hospital.
- Peranan koder:
-
- Menyemak atau membaca keseluruhan kandungan rekod pesakit
- Mengesahkan atau memastikan kandungan dokumentasi rekod pesakit adalah sesuai dan lengkap
- Mengekod diagnosis dan prosedur dengan lengkap dan tepat
- Merujuk kepada doktor atau pakar klinikal untuk penjelasan dokumentasi diagnosis dan prosedur