Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan UKM

3 Mar 2023

Tajuk : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan UKM
Tarikh : 01 Mac 2023
Masa : 2.30 petang
Tempat : Sukmaria HCTM

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Kerjasama Latihan Pengekodan International Classification of Disease 11th Version (ICD-11). Majlis disempurnakan dengan ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Pro Naib Canselor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas kerjasama dengan UKM. Melalui memorandum persefahaman ini ianya mampu memperkukuhkan lagi usahasama antara KKM dan UKM melalui Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengkodan Klinikal (ITCC) HCTM dalam memartabatkan bidang pengekodan klinikal di negara ini.

Latihan Pengekodan International Classification of Diseases 11th Version atau lebih dikenali sebagai ICD-11 adalah bahasa yang seragam digunakan di seluruh dunia yang berkait dengan diagnosis, prosedur dan juga punca kematian. Istilah klinikal yang telah dikod menggunakan ICD menjadi asas kepada penghasilan data pesakit yang bermakna. Data ini seterusnya boleh dimanfaatkan bagi penghasilan statistik untuk menyokong pengurusan sumber dengan lebih objektif, peningkatan kualiti pentadbiran serta perkhidmatan kesihatan dan pemangkin kajian perubatan.

Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, YBrs. Dr. Enna Mohd Hanafiah, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan, KKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin, Ketua Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal, HCTM, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan UKM.

CONTINUING CODERS EDUCATION (CCE)

23 Feb 2023

23 Februari 2023 (Khamis) – Continuing Coders Education (CCE) ialah merupakan pendidikan berterusan yang membantu mereka dalam bidang pengekodan klinikal untuk mengekalkan kecekapan dan mempelajari tentang klasifikasi serta anatomi penyakit bagi memudahkan proses pengekodan klinikal agar penetapan kod adalah tepat dan lengkap.

Program ini diadakan setiap dua (2) bulan mengikut giliran kumpulan yang telah ditetapkan dan setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk-tajuk pilihan mereka. Tahun 2023, program ini telah membuka tirai dengan tajuk Coding of Endocrine, Nutritional and Metabolic Disease dan focus kepada penyakit Diabetes Mellitus yang telah dibentangkan pada 23 Februari 2023 bertempat di Bilik Seminar, ITCC.

 

BENGKEL PEMANTAPAN KERJA DAN HALA TUJU PUSAT ANTARABANGSA CASEMIX DAN PENGEKODAN KLINIKAL (ITCC), HCTM

22 Feb 2023

Cheras, 22 Februari 2023 (Rabu) – Satu bengkel pemantapan kerja dan hala tuju anjuran Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC), HCTM telah diadakan pada 22 Februari 2023 (Rabu) bertempat di Hotel Komune Living and Wellness, Bandar Sri Permaisuri. Bengkel yang dilaksanakan ini bertujuan untuk berkongsi dan menambahbaik pelaksanaan tugas-tugas pegawai pengekodan klinikal serta meningkatkan kerjasama di kalangan warga kerja di ITCC.

Bengkel yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan mesyuarat pengurusan jabatan. Diikuti dengan modul 1 dan 2 di sebelah petang. Bengkel telah berakhir pada jam 5.00 petang.
Secara keseluruhannya, penganjuran bengel ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan yang lebih baik dalam pelaksanaan tugasan harian dan mewujudkan sikap yang positif serta menambahbaik kualiti kerja di kalangan warga kerja di ITCC.

 

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ANTARABANGSA CASEMIX DAN PENGEKODAN KLINIKAL (ITCC) KE PUSAT INFORMATIK KESIHATAN (PIK), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

15 Feb 2023

Putrajaya, 15 Februari 2023 (Rabu) – ITCC hari ini telah berkunjung ke Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Kementerian Kesihatan Malaysia bersama seramai 9 orang kakitangan yang diketuai oleh Ketua ITCC, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin. Turut menyambut kehadiran kami adalah Timbalan Pengarah PIK iaitu Dr. Nuraidah Mohd Marzuki, Timbalan Pengarah Seksyen Perancangan eHealth, Dr. Shaifuzah Ariffin dan Ketua Pen. Pengarah Kanan, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital serta pegawai-pegawai kanan PIK.

Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan tentang tanggungjawab serta peranan PIK dalam pengurusan data kesihatan negara dan melihat secara langsung proses kerja tadbir urus data di PIK.

SENARAI KURSUS RASMI ANJURAN ITCC 2023

6 Feb 2023

[KURSUS RASMI ANJURAN ITCC 2023]
https://hctm.ukm.my/ITCC/kemudahan-perkhidmatan-akademik/

YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) akan menganjurkan kursus berikut untuk tahun 2023 secara bersemuka:

📌1. COURSE ON MEDICAL TERMINOLOGY FOR CLINICAL CODER | Tarikh : 21-22 MARCH 2023 | Tempat : HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, UKM | Yuran : RM800.00 PER PESERTA | Daftar Disini –>https://bit.ly/2023Medterm

📌2. KURSUS PENGENALAN ICD 11 | Tarikh : 23-24 MAY 2023 | Tempat : HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, UKM | Yuran : RM800.00 PER PESERTA | Daftar Disini –>https://bit.ly/2023icd11

📌3. CLINICAL CODING CERTIFICATION (BASIC LEVEL) | Tarikh : 25-26 JULY 2023 | Tempat : HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, UKM | Yuran : RM800.00 PER PESERTA | Daftar Disini –>https://bit.ly/3c2023

TARGET PESERTA :
Semua Kakitangan dan Pelajar Kesihatan dalam Perubatan Pelbagai Peringkat di Perkhidmatan Kesihatan Kerajaan dan Swasta Terutamanya Koder Klinikal.

ANJURAN :
Pusat Antarabangsa Casemix Dan Pengekodan Klinikal (ITCC, HCTM, UKM)

Sehubungan itu, kami mengalu-alukan penyertaan daripada jabatan/organisasi YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam program ini. Kerjasama YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk membuat hebahan berkenaan program ini amat kami hargai.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia di talian 03-9145 7771(Siti) /03 9145 6445 (Rosman) /03 9145 6988 (Rosliani) atau email ke casemix@ppukm.ukm.edu.my

Sekian, terima kasih.

TAKLIMAT PENYEDIAAN MYPORTFOLIO DI DALAM HRMIS

3 Jan 2023

ITCC, 20 Januari 2023 (Jumaat) – MyPortfolio merupakan satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minta setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi pembelajaran. Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam MyPortfolio.

Selari dengan arahan pengurusan HCTM agar semua kakitangan dapat menyediakan MyPortfolio di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), jabatan telah mengambil tanggunjawab ini dengan mengadakan satu sesi taklimat penyediaan MyPortfolio dalam HRMIS pada 20 Januari 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Seminar, ITCC.

Objektif taklimat ini adalah sebagai panduan yang memberikan kefahaman dan meningkatkan kemahiran pegawai untuk menyediakan MyPortfolio bagi memastikan MyPortfolio HRMIS dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Webinar Taklimat Penggunaan Medical Certificate Of Cause Of Death (MCCOD)

24 Nov 2022

Webinar Taklimat Penggunaan Medical Certificate Of Cause Of Death (MCCOD) anjuran Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) akan diadakan secara atas talian seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 November 2022 (Jumaat), 28 November 2022 (Isnin) dan 30 November 2022 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Sasaran : Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan serta semua kakitangan HCTM.

Sertai Webinar Di Sini
Pautan Zoom: https://zoom.us/j/98198487187?pwd=V25WbjJrK0pETWMwVmpwSERlTjZkQT09
Meeting ID: 981 9848 7187
Passcode: 260475

 

 

Medical Certificate of Cause of Death (MCCOD)

9 Nov 2022

Medical Certificate of Cause of Death (MCCOD) atau Sijil Punca Kematian adalah satu dokumen merekod punca kematian pesakit mengikut piawaian antarabangsa yang dicadangkan oleh World Health Organization (WHO). Penggunaannya penting bagi membolehkan underlying cause of death pesakit dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan langkah-langkah pencegahan dapat dirancang dan dilaksana dengan lebih baik. MCCOD ini juga dapat meningkatkan kualiti data kematian hospital.
Menyedari kepentingan ini, Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) dan Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTM KKL) menggembleng tenaga bagi mengintegrasikan MCCOD ini ke dalam sistem CHEtS agar ia dapat diisi oleh pegawai perubatan terakhir yang merawat pesakit. Beberapa siri taklimat dan Latihan pengguna telah dijalankan serta projek pilot turut dilaksanakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bermula 14 November sehingga 15 Disember 2022. Maklum balas serta keberkesanan penggunaan MCCOD akan diperhalusi dan sasaran agar ia dilaksanakan sepenuhnya di semua jabatan bermula Januari 2023.

Continuous Coder Education (CCE)

11 Oct 2022

Pusat Antarabangsa Casemix Dan Pengekodan Klinikal (ITCC) telah mengadakan satu program Continuous Coder Education (CCE) : Coding Of Injuries, Burn And Poisoning pada 7 April 2022 bertempat di Bilik Komputer, ITCC. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dalam perkongsian dan penyebaran ilmu bagi menambah baik kelemahan setiap koder dalam ilmu pengekodan.

1 10 11 12 13 14 15

Search

+