Lawatan Kerja dari Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC)
Jabatan Kualiti dan Pusat Antarabangsa Casemix & Pengekodan Klinikal (ITCC), Hospital Canselor Tuanku Muhriz menerima kunjungan Lawatan Kerja dari Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) hari ini.
Lawatan kerja ini diketuai oleh Cik Nur Shahira Zulzambi mewakili Ketua Jabatan Kualiti, Keselamatan dan Risiko (SASMEC) bersama 3 orang kakitangan terdiri daripada Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir. Lawatan ini antara lain bertujuan untuk berkongsi dan memahami perkara-perkara seperti proses pengiraan kos berdasarkan casemix dan akreditasi MSQH. Sesi perbincangan dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Dr. Noor Asyikin Jasni, menjalankan tugas Ketua Jabatan Kualiti, HCTM.
Manakala, sesi taklimat dan penerangan ringkas mengenai MSQH disampaikan oleh Cik Siti Nur Shuhada Abdul Hamid dan Dr. Norfarhana Samsudin berkaitan casemix. Sesi taklimat dan perbincangan selama 2 jam ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Bangunan Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar HCTM.













