Course on Medical Terminology for Non Clinical Staff
Course on Medical Terminology for Non Clinical Staff
21-22 Mac 2023
Makmal Terabye, HCTM
Tajuk : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan UKM
Tarikh : 01 Mac 2023
Masa : 2.30 petang
Tempat : Sukmaria HCTM
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Kerjasama Latihan Pengekodan International Classification of Disease 11th Version (ICD-11). Majlis disempurnakan dengan ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, Pro Naib Canselor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas kerjasama dengan UKM. Melalui memorandum persefahaman ini ianya mampu memperkukuhkan lagi usahasama antara KKM dan UKM melalui Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengkodan Klinikal (ITCC) HCTM dalam memartabatkan bidang pengekodan klinikal di negara ini.
Latihan Pengekodan International Classification of Diseases 11th Version atau lebih dikenali sebagai ICD-11 adalah bahasa yang seragam digunakan di seluruh dunia yang berkait dengan diagnosis, prosedur dan juga punca kematian. Istilah klinikal yang telah dikod menggunakan ICD menjadi asas kepada penghasilan data pesakit yang bermakna. Data ini seterusnya boleh dimanfaatkan bagi penghasilan statistik untuk menyokong pengurusan sumber dengan lebih objektif, peningkatan kualiti pentadbiran serta perkhidmatan kesihatan dan pemangkin kajian perubatan.
Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, YBrs. Dr. Enna Mohd Hanafiah, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan, KKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin, Ketua Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal, HCTM, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan UKM.
23 Februari 2023 (Khamis) – Continuing Coders Education (CCE) ialah merupakan pendidikan berterusan yang membantu mereka dalam bidang pengekodan klinikal untuk mengekalkan kecekapan dan mempelajari tentang klasifikasi serta anatomi penyakit bagi memudahkan proses pengekodan klinikal agar penetapan kod adalah tepat dan lengkap.
Program ini diadakan setiap dua (2) bulan mengikut giliran kumpulan yang telah ditetapkan dan setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk-tajuk pilihan mereka. Tahun 2023, program ini telah membuka tirai dengan tajuk Coding of Endocrine, Nutritional and Metabolic Disease dan focus kepada penyakit Diabetes Mellitus yang telah dibentangkan pada 23 Februari 2023 bertempat di Bilik Seminar, ITCC.
Cheras, 22 Februari 2023 (Rabu) – Satu bengkel pemantapan kerja dan hala tuju anjuran Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC), HCTM telah diadakan pada 22 Februari 2023 (Rabu) bertempat di Hotel Komune Living and Wellness, Bandar Sri Permaisuri. Bengkel yang dilaksanakan ini bertujuan untuk berkongsi dan menambahbaik pelaksanaan tugas-tugas pegawai pengekodan klinikal serta meningkatkan kerjasama di kalangan warga kerja di ITCC.
Bengkel yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan mesyuarat pengurusan jabatan. Diikuti dengan modul 1 dan 2 di sebelah petang. Bengkel telah berakhir pada jam 5.00 petang.
Secara keseluruhannya, penganjuran bengel ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan yang lebih baik dalam pelaksanaan tugasan harian dan mewujudkan sikap yang positif serta menambahbaik kualiti kerja di kalangan warga kerja di ITCC.
Putrajaya, 15 Februari 2023 (Rabu) – ITCC hari ini telah berkunjung ke Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Kementerian Kesihatan Malaysia bersama seramai 9 orang kakitangan yang diketuai oleh Ketua ITCC, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin. Turut menyambut kehadiran kami adalah Timbalan Pengarah PIK iaitu Dr. Nuraidah Mohd Marzuki, Timbalan Pengarah Seksyen Perancangan eHealth, Dr. Shaifuzah Ariffin dan Ketua Pen. Pengarah Kanan, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital serta pegawai-pegawai kanan PIK.
Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan tentang tanggungjawab serta peranan PIK dalam pengurusan data kesihatan negara dan melihat secara langsung proses kerja tadbir urus data di PIK.
ITCC, 20 Januari 2023 (Jumaat) – MyPortfolio merupakan satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minta setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi pembelajaran. Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam MyPortfolio.
Selari dengan arahan pengurusan HCTM agar semua kakitangan dapat menyediakan MyPortfolio di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), jabatan telah mengambil tanggunjawab ini dengan mengadakan satu sesi taklimat penyediaan MyPortfolio dalam HRMIS pada 20 Januari 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Seminar, ITCC.
Objektif taklimat ini adalah sebagai panduan yang memberikan kefahaman dan meningkatkan kemahiran pegawai untuk menyediakan MyPortfolio bagi memastikan MyPortfolio HRMIS dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.