Kelestarian Alam dan Kedaulatan Biodiversiti Dalam Mendalami Maksud Kemerdekaan Malaysia – Interpretasi SDG 13, 14, dan 15 sempena sambutan bulan kemerdekaan ke – 68 peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, 2025
Tajuk : CCE BIL 6/2025
Tarikh : 22 Ogos 2025 – 16 September 2025
Tempat : Ruang legar di hadapan pintu masuk HIC
Selaras dengan identiti dan fungsi Pusat Informatik Kesihatan, Pusat Informatik Kesihatan (sebelum ini Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal, ITCC) mengetengahkan kerangka interpretif Informatik Kelestarian bagi menyemarakkan lagi semangat jalur gemilang dan suasana kemerdekaan dengan pameran mini dan perhiasan merdeka bertajuk “Kelestarian Alam dan Kedaulatan Biodiversiti Dalam Mendalami Maksud Kemerdekaan Malaysia – Interpretasi SDG 13, 14 dan 15”.
Sambutan kemerdekaan dilihat sebagai satu peluang untuk meningkatkan kesedaran ke atas usaha-usaha kelestarian yang berlandaskan kerangka Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), terutama sekali memberi fokus kepada kekayaan alam dan keunikan biodiversiti kebangsaan yang perlu dilindungi dan diurus dengan baik, dalam suasana perubahan iklim global. Di antara manafaat atau tanggungjawab sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas, Malaysia mempunyai hak dan akauntabiliti untuk mengurus sumber-sumber alam termasuk kekayaan biodiversiti yang wujud dengan baik, terurus dan lestari.
Tumpuan ini diserlahkan secara simbolik dengan arca bunga Rafflesia dan Bunga Raya, yang membawa pandangan kepada rekaan jalur gemilang dalam bentuk kolaj, diperbuat daripada kertas terpakai dan bahan-bahan mesra alam.
Motif haiwan-haiwan terancam tersemat dalam setiap jalur-jalur, yang diselitkan maklumat berkenaan setiap haiwan tersebut sebagai sumber informasi kepada pelawat; selain tampak menarik ia juga boleh menambah pengetahuan dan kesedaran. Terdapat juga motif haiwan dan tumbuhan invasif sebagai maklumat tambahan ancaman kepada biodiversiti sedia ada, yang perlu ditangani oleh semua pihak.
Peluang untuk meningkatkan kesedaran tentang khazanah alam kebangsaan yang terancam dan perlu dilindungi diserlahkan dengan persembahan pameran mini di dalam ruang pejabat utama bertemakan haiwan-haiwan terancam, dipenuhi maklumat dan penerangan tentang setiap spesis dan tahap ancamannya, selain informasi tentang tindakan bagi menangani perubahan iklim.









Tajuk : Mesyuarat Pengurusan PIK (HIC) Bil 6/2025



















