LAWATAN BENCHMARK KE BPJS DAN HOSPITAL PEHLI, JAKARTA
JAKARTA, 28 Mei 2024 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melalui Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) Kesehatan telah diadakan di Jakarta, Indonesia pada 27-30 Mei 2024. Delegasi ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman. Objektif lawatan adalah:
- Memahami pelaksanaan casemix bagi kadar penginapan dan rawatan pesakit wad di hospital di Indonesia;
- Mengamati bagaimana Jaminan Kesehatan Indonesia menggunakan kadar ini untuk menguruskan perbelanjaan hospital secara efektif;
- Memahami proses yang terlibat dalam menghasilkan, melaraskan, dan mengaplikasikan kadar casemix di dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
- Memperoleh pandangan mengenai integrasi data casemix dengan sistem pengurusan kewangan.
Delegasi ini turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin, Ketua ITCC, Dr. Norfarhana Samsudin, Timbalan Ketua ITCC, Pn. Wan Omi Wan Yusof, Ketua Jabatan Kewangan HCTM, Pn. Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan dan Pn. Siti Hajarni Isahak, Penolong Pegawai Tadbir Kanan ITCC.











