BENGKEL PEMANTAPAN KERJA DAN HALA TUJU PUSAT ANTARABANGSA CASEMIX DAN PENGEKODAN KLINIKAL (ITCC), HCTM
Cheras, 22 Februari 2023 (Rabu) β Satu bengkel pemantapan kerja dan hala tuju anjuran Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC), HCTM telah diadakan pada 22 Februari 2023 (Rabu) bertempat di Hotel Komune Living and Wellness, Bandar Sri Permaisuri. Bengkel yang dilaksanakan ini bertujuan untuk berkongsi dan menambahbaik pelaksanaan tugas-tugas pegawai pengekodan klinikal serta meningkatkan kerjasama di kalangan warga kerja di ITCC.
Bengkel yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan mesyuarat pengurusan jabatan. Diikuti dengan modul 1 dan 2 di sebelah petang. Bengkel telah berakhir pada jam 5.00 petang.
Secara keseluruhannya, penganjuran bengel ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan yang lebih baik dalam pelaksanaan tugasan harian dan mewujudkan sikap yang positif serta menambahbaik kualiti kerja di kalangan warga kerja di ITCC.







1. COURSE ON MEDICAL TERMINOLOGY FOR CLINICAL CODER | Tarikh : 21-22 MARCH 2023 | Tempat : HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, UKM | Yuran : RM800.00 PER PESERTA | Daftar Disini –>