Taklimat Roadshow Casemix jaerayawara Casemix, Jabatan O&G, HCTM
Tajuk : Taklimat Roadshow Casemix jaerayawara Casemix, Jabatan O&G, HCTM
Masa : 2.30 petang
Tarikh : 16 Mei 2023 (Selasa)
Tempat : Dewan Nafisah Adeeb Jabatan O&G
Tajuk : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan UKM
Tarikh : 01 Mac 2023
Masa : 2.30 petang
Tempat : Sukmaria HCTM
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Kerjasama Latihan Pengekodan International Classification of Disease 11th Version (ICD-11). Majlis disempurnakan dengan ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, Pro Naib Canselor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas kerjasama dengan UKM. Melalui memorandum persefahaman ini ianya mampu memperkukuhkan lagi usahasama antara KKM dan UKM melalui Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengkodan Klinikal (ITCC) HCTM dalam memartabatkan bidang pengekodan klinikal di negara ini.
Latihan Pengekodan International Classification of Diseases 11th Version atau lebih dikenali sebagai ICD-11 adalah bahasa yang seragam digunakan di seluruh dunia yang berkait dengan diagnosis, prosedur dan juga punca kematian. Istilah klinikal yang telah dikod menggunakan ICD menjadi asas kepada penghasilan data pesakit yang bermakna. Data ini seterusnya boleh dimanfaatkan bagi penghasilan statistik untuk menyokong pengurusan sumber dengan lebih objektif, peningkatan kualiti pentadbiran serta perkhidmatan kesihatan dan pemangkin kajian perubatan.
Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, YBrs. Dr. Enna Mohd Hanafiah, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan, KKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin, Ketua Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal, HCTM, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan UKM.
23 Februari 2023 (Khamis) – Continuing Coders Education (CCE) ialah merupakan pendidikan berterusan yang membantu mereka dalam bidang pengekodan klinikal untuk mengekalkan kecekapan dan mempelajari tentang klasifikasi serta anatomi penyakit bagi memudahkan proses pengekodan klinikal agar penetapan kod adalah tepat dan lengkap.
Program ini diadakan setiap dua (2) bulan mengikut giliran kumpulan yang telah ditetapkan dan setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk-tajuk pilihan mereka. Tahun 2023, program ini telah membuka tirai dengan tajuk Coding of Endocrine, Nutritional and Metabolic Disease dan focus kepada penyakit Diabetes Mellitus yang telah dibentangkan pada 23 Februari 2023 bertempat di Bilik Seminar, ITCC.