Sesi Perpisahan Kakitangan ITCC diraikan secara atas talian (online)
Sesi Perpisahan Kakitangan ITCC telah diadakan pada 12 Ogos 2021 pada jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Komputer ITCC. Sesi ini diadakan secara atas talian untuk Kakitangan ITCC, Puan Wan Masyitah Binti Wan Shukri yang akan bertukar penempatan ke Hospital Pakar Kanak-kanak setelah mendapat jawatan Pembantu Tadbir Tetap di sana. Hadir dalam sesi serba ringkas ini ialah Ketua Jabatan ITCC, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin dan Timbalan Ketua Jabatan Dr. Norfarhana Samsudin serta semua kakitangan ITCC. Diharapkan kakitangan yang diraikan dapat menimba pengalaman dan semoga berjaya di tempat baharu.












