HEBAHAN: ITCC UPCOMING TRAINING 2025
Penganjur: Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC), HCTM
APAKAH PROGRAM INI?
Program ini menawarkan kursus berkaitan pengenalan dan pensijilan pengekodan ICD-11 (International Classification of Diseases – 11th Revision). Ia adalah sistem pengekodan yang penting untuk pengurusan data kesihatan dan klinikal di peringkat antarabangsa.
KENAPA PERLU SERTAI?
1. Kepentingan Pengetahuan Pengekodan ICD-11
– HCTM telah memulakan pengumpulan data diagnosis penyakit berpandukan ICD11
– Meningkatkan kecekapan dalam pengurusan data pesakit.2. Peningkatan Profesionalisme
– Memberikan pensijilan kepada coders yang diiktiraf untuk pengamal kesihatan, membantu dalam pembangunan kerjaya.
SASARAN PESERTA PROGRAM:
1. Pengamal Perubatan dan Kesihatan:
– Pengamal perubatan yang terlibat dalam pengurusan data klinikal.
2. Pentadbir Kesihatan:
– Pegawai pentadbiran hospital dan klinik yang bertanggungjawab terhadap dokumentasi dan pengelasan penyakit.
3. Pelajar dan Akademik dalam Bidang Perubatan:
– Pelajar perubatan atau kesihatan yang ingin menambah pengetahuan mengenai ICD-11.
– Pensyarah atau penyelidik dalam bidang kesihatan dan perubatan.
4. Penyedia Insurans Kesihatan dan Pengurus Tuntutan:
– Profesional yang memerlukan kefahaman mendalam tentang pengelasan penyakit untuk keperluan insurans kesihatan.
5. Individu yang Berminat dalam Bidang Pengekodan Klinikal:
– Sesiapa sahaja yang ingin membangunkan kemahiran dalam pengekodan dan klasifikasi data kesihatan.
Mengapa ini penting untuk sasaran tersebut?
Dengan memahami dan menguasai ICD-11, para peserta dapat:
– Meningkatkan kecekapan kerja.
– Mematuhi piawaian antarabangsa dalam dokumentasi kesihatan.
– Memperoleh kelebihan dalam kerjaya mereka.
BILA PERLU SERTAI?
– Februari: 19 Februari 2025 (Kursus Pengenalan)
– April: 15-16 April 2025 (Pensijilan Pengekodan Asas)
– Jun: 24 Jun 2025 (Kursus Pengenalan)
– Julai: 29-30 Julai 2025 (Pensijilan Pengekodan Asas)
– Oktober: 22 Oktober 2025 (Kursus Pengenalan)
– November: 25-26 November 2025 (Pensijilan Pengekodan Asas)
BAGAIMANA UNTUK SERTAI?
1. Pendaftaran:
– Layari: [bit.ly/ICD11REGISTRATIONFORM]
– Yuran:
– Kursus Pengenalan: RM400.00 seorang
– Pensijilan Pengkodan: RM800.00 seorang
2. Hubungi Kami:
– Emel: casemix@hctm.ukm.edu.my
– Telefon: 03-9145 7771/6988
Sertai sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan dalam memahami pengelasan penyakit global terkini!
