Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera.

Dengan rendah diri, saya berterima kasih di atas penghormatan dan tanggungjawab yang besar diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Ketua Pusat Informatik Kesihatan pada masa penting dalam perjalanan digital hospital ini.

Pusat Informatik Kesihatan telah lama memainkan peranan penting namun secara senyap pada asalnya sebagai Pusat Kecemerlangan Casemix dan Pengekodan Klinikal di bawah Fakulti Perubatan dan kini dengan panduan pihak Pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz dalam kapasiti yang lebih luas bagi menyokong integriti data, pelaporan, serta kecelikan operasi.

Sememangnya terdapat rungutan tentang data dan keberkesanan maklumat daripada jabatan-jabatan klinikal, pasukan jururawat, perkhidmatan sokongan, serta rakan-rakan sekerja di Bahagian Kewangan, Kualiti, dan Teknologi Maklumat. Apa yang disasarkan ialah mencapai hasrat bersama agar data dapat menyokong penjagaan pesakit dan perkhidmatan, bukan sebaliknya menambah beban kerja tanpa pertimbangan.

Aspirasi kami adalah sederhana tetapi bermakna untuk menyokong misi hospital dengan memastikan data yang kami jana, lindungi dan perkaya adalah tepat dari segi butir, keperluan dan pada masa yang diperlukan, dan dikelolakan secara beretika supaya ia boleh seterusnya menyokong pembuatan keputusan yang lebih baik, aliran kerja yang lebih lancar, serta keselarian yang lebih kukuh dengan keutamaan nasional seperti MSQH dan sistem DRG kebangsaan yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kami sedar bahawa banyak daripada usaha ini telah lama dijalankan oleh pegawai pengekodan klinikal yang memastikan ketepatan Casemix, oleh para doktor yang melengkapkan dokumentasi dengan teliti, oleh jururawat yang merakam butiran penting walaupun tertekan dengan beban kerja dan oleh staf pentadbiran yang mengekalkan kelancaran sistem meskipun dalam suasana cabaran yang kompleks. HIC tidak bertujuan menggantikan atau memperlekehkan sumbangan ini, tetapi hanya untuk melengkapinya melalui piawaian yang lebih jelas, koordinasi yang tidak membebankan, dan penggunaan sumber sedia ada secara bijaksana.

Kami juga sedar bahawa sebarang evolusi digital perlu dibina bersama. Oleh itu, kami berhasrat untuk menjalinkan hubungan kerjasama pintar dan strategik dengan ketua-ketua jabatan, lapisan pengurusan pertengahan, dan staf barisan hadapan bukan sebagai sebuah kuasa berpusat, tetapi sebagai rakan yang sedia bekerjasama dalam mengenal pasti di mana penambahbaikan kecil mungkin memberi kelegaan dan hasil yang bermakna.

Ini bukan soal transformasi demi transformasi. Ini soal penjagaan amanah terhadap data, terhadap kepercayaan, dan terhadap reputasi hospital sebagai sebuah institusi penjagaan dan pembelajaran. Kami berharap dapat terus belajar daripada tuan/puan, bekerjasama rapat dengan tuan/puan dan menyumbang dalam apa jua cara kecil sekalipun kepada kecemerlangan berterusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.

Digital dalam Rekabentuk dan Keberhasilan.
Dr Husyairi Harunarashid
MB BCh BAO (Galway, Ireland), MClinEpid (Newcastle, Australia)


FROM THE DESK OF THE HEAD OF HCTM HEALTH INFORMATICS CENTER

It is both an honour and a responsibility to serve as the Head of the Health Informatics Center at this important juncture in our hospital’s digital journey.

The Health Informatics Center has long played a quiet but vital role first as a Clinical Coding and Casemix Centre of Excellence under the Faculty of Medicine, and now, with the kind guidance of Hospital Leadership, in a broader capacity supporting data integrity, reporting, and operational insight.

In recent months, we have been listening carefully to clinical departments, nursing teams, support services, and our colleagues in Finance, Quality, and IT. What we hear consistently is a shared desire to ensure that data serves care, not the other way around.

Our aspiration is modest but meaningful: to support the hospital’s mission by ensuring that the data we steward is accurate, timely, and ethically managed so that it may, in turn, support better decisions, smoother workflows, and stronger alignment with national priorities such as MSQH, and the upcoming rollout of the National DRG scheme.

We recognise that much of this work is already being done by coders who ensure Casemix accuracy, by clinicians who document with care, by nurses who capture vital details under pressure, and by administrative staff who keep systems running despite complexity. HIC does not seek to replace these efforts, but to complement them through clearer standards, lighter coordination, and thoughtful use of existing resources.

We are also mindful that any evolution must be co-created. As such, we shall be engaging with department heads, middle managers, and frontline staff not as a central authority, but as a willing partner in identifying where small improvements might yield meaningful relief. This is not about transformation for its own sake. It is about stewardship: of data, of trust, and of the hospital’s reputation as a centre of both care and learning.

We look forward to learning from you, working alongside you, and contributing in whatever small way we can to the continued excellence of Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.

Digital by Design and Outcome.

Dr Husyairi Harunarashid
MB BCh BAO (Galway, Ireland), MClinEpid (Newcastle, Australia)